Skip to main content

Canselori telah ditubuhkan pada 1 Disember 2000 seiring dengan penubuhan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM). Berikutan penjenamaan semula universiti pada 1 Februari 2007, nama KUTKM telah ditukar kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Pada peringkat awal penubuhannya, Canselori beroperasi di Kampus Teknologi Ayer Keroh dan pada tahun 2008, Canselori meneruskan operasinya di Kampus Induk di Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal.

Canselori merupakan nadi pentadbiran universiti yang menempatkan beberapa pejabat penting yang bertanggungjawab memberikan pelbagai perkhidmatan kepada warga universiti serta pemegang taruh.

Canselori sentiasa komited dalam melaksanakan dan menyampaikan perkhidmatan bagi memastikan visi dan misi universiti untuk muncul sebagai sebuah universiti teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia tercapai.

Antara pejabat yang berada dibawah pentadbiran Canselori adalah:

  1. Pejabat Naib Canselor
  2. Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori
  3. Pejabat Audit Dalam
  4. Pejabat Penasihat Undang-Undang
  5. Pejabat Alam Sekitar Pintar