headerVCO

OBJEKTIF

1.  
Memperkasa bidang akademik universiti pada tahap terbaik dari aspek pengajaran dan pembelajaran, penawaran program, silibus dan sebagainya bagi melahir graduan yang berpengetahuan tinggi, bersahsiah murni, kompeten serta menjadi pilihan utama industri.
2.  
Pengukuhan kepada aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan di kalangan ahli akademik supaya dapat meningkatkan pengetahuan, penerokaan dan penyebaran ilmu, perkongsian maklumat dan kecekapan sumber.
3.  
Meningkatkan pembangunan modal insan cemerlang melalui latihan, lanjutan pengajian, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), attachment dan pendedahan pengalaman secara praktikal bagi membina staf berpengetahuan tinggi supaya dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi.
4.  
Memastikan pengurusan kewangan ditadbir dengan cekap, telus dan berkesan bagi pembangunan yang menyeluruh kepada universiti.
5.
Meningkat, membudaya dan memanfaatkan ICT dalam pentadbiran universiti supaya lebih cekap, pantas dan berkesan.
6.
Menjalin hubungan kAerjasama dan rangkaian dengan institusi serta industri dari dalam dan luar negara dalam bidang akademik, R&D dan pentadbiran untuk manfaat kedua-dua pihak.

 

FUNGSI

1.  
Merupakan Pejabat Ketua Eksekutif atau Ketua Perkhidmatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang bertanggungjawab terhadap pencapaian keseluruhan universiti sepertimana yang ditetapkan oleh visi, misi dan objektif penubuhan universiti.
2.  
Merangka dan merencana dasar-dasar, program-program serta aktiviti-aktiviti jangka pendek dan jangka panjang untuk pembangunan universiti yang mantap.
3.  
Melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan membuat keputusan-keputusan pentadbiran di bawah bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepadanya oleh perlembagaan, statut, akta, kaedah dan peraturan-peraturan kerajaan serta universiti.
4.  
Mengatur, menyelaras dan memantau perkembangan universiti dalam segala hal pentadbiran dengan cara yang sistematik dan berkesan supaya dapat diuruskan dengan cekap.
5.
Menilai dan menyemak segala arahan dan keputusan pentadbiran serta perkembangannya supaya dipatuhi dan lebih diperkemaskan.
6.  
Mewujudkan dan memelihara hubungan baik lagi mesra dengan pihak luar iaitu agensi, universiti, industri, masyarakat dan badan-badan pertubuhan yang dibenarkan sama ada dalam negara mahupun antarabangsa supaya dapat mewujud dan meningkatkan kerjasama bagi faedah kedua-dua pihak.

 

 MOTO

BERHIKMAH MEMIMPIN TRANSFORMASI

 

3922371
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
384
8620
9004
3845327
229155
264182
3922371

25-05-2020