PEJABAT PENGURUSAN DAN PERHUBUNGAN CANSELORI (PPPC)

web pppc bm

Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori (PPPC) telah ditubuhkan pada 16 Oktober 2014, selaras dengan penstrukturan semula pejabat-pejabat utama di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). PPPC menjalankan fungsi pengurusan pejabat-pejabat di bawah pentadbiran Canselori, pengurusan imej dan penjenamaan korporat serta beberapa fungsi Pejabat Naib Canselor.


Visi
Pemangkin perubahan dan kecemerlangan yang menyokong perkembangan dan pembangunan UTeM.


Misi
Mencorak dan meningkatkan persepsi terhadap UTeM melalui perancangan strategik yang efektif dan kreatif menerusi semua bentuk media dan meningkatkan impak inisiatif komunikasi dan pembangunan korporat universiti melalui program utama dan komprehensif yang dapat memperkukuhkan lagi keunikan dan kewujudan UTeM.

Staf PPPC bekerjasama rapat dengan setiap fakulti/jabatan/bahagian dan unit di UTeM secara meluas dalam semua aktiviti yang diperincikan. Tugas dan peranan kami termasuk:

  1. Menguruskan sepenuhnya publisiti media dan identiti korporat universiti. Misi kami adalah untuk memastikan imej dan mesej utama universiti disampaikan dengan tepat dan selaras dengan misi dan visi universiti.
  2. Menyediakan garis panduan universiti, templates (pencontoh), khidmat perundingan dan pakar rujuk berkenaan aplikasi garis panduan universiti bagi memastikan penjenamaan visual UTeM yang konsisten.
  3. Menghasilkan brosur-brosur rasmi universiti, prospektus dan majalah berita seperti Berita@UTeM.
  4. Menyediakan khidmat perundingan dan kerjasama pintar dengan organisasi luar termasuk organisasi kerajaan dan swasta di dalam aktiviti/program termasuk CSR di peringkat universiti.
  5. Menyediakan khidmat penasihatan berhubung pengurusan protocol bagi semua acara rasmi universiti.
  6. Menyelaras semua perjalanan pemesyuaratan utama universiti seperti Mesyuarat Majlis Eksekutif, Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan ICT & Pengurusan Universiti, dan Mesyuarat Majlis Profesor UTeM.


Empat Bahagian Utama Di Pejabat Pengurusan Dan Perhubungan Canselori (PPPC)

  1. Bahagian Perhubungan Awam , Media & Penerbitan Korporat
  2. Bahagian Pemasaran, Perhubungan Global & Korporat
  3. Bahagian Protokol, Penjenamaan, Kewangan & Aset
  4. Bahagian Pentadbiran Dan Pemesyuaratan Utama
3922382
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
395
8620
9015
3845327
229166
264182
3922382

25-05-2020