Skip to main content

Selamat Datang ke Pejabat Penasihat Undang-Undang

Kata Alu-aluan

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat merakamkan kata alu-aluan di dalam ruangan ini.

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Alhamdulillah, laman web rasmi PPUU ini dibangunkan untuk menyalurkan maklumat serta informasi terkini bertujuan bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada seluruh warga Universiti berhubung pelaksanaan aktiviti, program, maklumat pentadbiran dan perkhidmatan kepada semua pihak.

Akhir kata, saya berharap agar semua warga UTeM dan pihak luar memperolehi manfaat dari laman web ini. Pejabat Penasihat Undang-Undang akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua warga Universiti. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan pendapat daripada pengunjung bagi memantapkan lagi pengurusan laman web ini.

Sekian, Salam hormat dan terima kasih.

MOHD NIZAM BIN PAVEL
PENASIHAT UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA