Skip to main content

Naib Canselor...

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera & Selamat Datang ke Laman Sesawang, Pejabat Naib Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknikal Pertama di Malaysia.

 Dalam usia Universiti yang telah menjangkau tempoh dua dekad penubuhan , Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melakar pelbagai kejayaan dan pencapaian yang boleh dibanggakan. Asas kepada kejayaan UTeM hari ini adalah hasil usaha gigih dan komitmen para pemimpin dan pelopor terdahulu. Setiap fasa penggantian menyaksikan dan meletakkan UTeM pada aras yang lebih mantap, tinggi dan disegani. Menggalas tanggungjawab dan amanah menggantikan Ybhg Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim, menuntut kecekalan dan keazaman yang tinggi dalam memastikan budaya kecemerlangan, visi serta misi universiti ini dapat diteruskan dan direalisasikan pada satu tahap yang membanggakan.

 Berbekalkan tagline “Sentiasa Merintis, Sentiasa Menerajui” UTeM akan meneruskan usaha sebagai perintis dan peneraju utama dalam menawarkan program-program yang menyokong kepada pemerkasaan pendidikan teknikal tinggi berteraskan kemahiran (TVET).

 UTeM terletak di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah, Bandaraya Warisan Dunia (World Heritage) UNESCO dan beroperasi menerusi dua (2) kampus iaitu Kampus Induk dan Kampus Teknologi. Penubuhan lapan (8) Fakulti disokong oleh Pusat-pusat Tanggungjawab (PTj) yang saling menyokong membolehkan UTeM bersaing dan terkehadapan dalam penyediaan program-program akademik berfokus dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, ICT, pengurusan teknologi dan teknousahawan yang terus mendapat sambutan dan jelas memenuhi permintaan pasaran industri termaju dan terkini.

 Laman Sesawang Pejabat Naib Canselor UTeM yang dibangunkan dengan ciri-ciri informatif dan interaktif ini diharapkan akan memudahkan para pengguna mengakses maklumat yang tepat dan cepat pada bila-bila masa yang dikehendaki. Adalah menjadi harapan saya, agar laman sesawang Pejabat Naib Canselor  UTeM ini akan terus berperanan menyalurkan maklumat terkini untuk dimanfaatkan oleh semua pengunjung dalam usaha memperkasakan budaya ilmu yang berterusan.

 Terima kasih kerana anda telah melayari Laman Sesawang Pejabat Naib Canselor UTeM dan Selamat Maju Jaya.

 Salam hormat.

 Naib Canselor

Mukadimah

Pejabat Naib Canselor (PNC) ditubuhkan sejak dari awal penubuhan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) pada 1 Disember 2000. PNC secara umumnya menjalankan fungsi dan peranan sebagai Pejabat Pentadbiran Naib Canselor selaku Ketua Eksekutif Universiti yang bertanggungjawab memastikan perancangan, program dan dasar-dasar universiti dilaksanakan agar kecemerlangan dan kelestarian UTeM tercapai dengan jayanya.

Objektif

  • Memperkasa bidang akademik universiti pada tahap terbaik dari aspek pengajaran dan pembelajaran, penawaran program dan silibus yang memenuhi standard dan keperluan terkini bagi melahirkan graduan yang holistik; berpengetahuan tinggi, bersahsiah murni, kompeten serta menjadi pilihan utama industri.
  • Pengukuhan kepada aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan, inovasi yang menjurus kepada pembangunan ekonomi (R,D,C,I&E) di kalangan ahli akademik bagi meningkatkan pengetahuan, penerokaan, perkongsian ilmu dan kecekapan sumber.
  • Meningkatkan pembangunan modal insan cemerlang melalui modul latihan yang berkesan, pembelajaran sepanjang hayat, program sangkutan (attachment) dan pendedahan pengalaman secara praktikal bagi membina staf berpengetahuan tinggi untuk perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti tinggi.
  • Memastikan pengurusan kewangan ditadbir dengan cekap, telus dan berkesan bagi pembangunan yang menyeluruh kepada universiti.
  • Memperkasa, membudaya dan memanfaatkan ICT dalam pentadbiran universiti yang lebih cekap, pantas dan berkesan.
  • Menjalin hubungan kerjasama dan rangkaian dengan institusi, agensi serta industri dari dalam dan luar negara dalam bidang akademik, RDCI&E dan pentadbiran untuk manfaat kedua-dua pihak.

Fungsi

  • Merupakan Pejabat Ketua Eksekutif atau Ketua Perkhidmatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang bertanggungjawab terhadap pencapaian keseluruhan universiti sepertimana yang ditetapkan oleh visi, misi dan objektif penubuhan universiti.
  • Merangka dan merencana dasar-dasar, program-program serta aktiviti-aktiviti jangka pendek dan jangka panjang untuk pembangunan universiti yang kondusif dan terancang.
  • Melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan membuat keputusan-keputusan pentadbiran di bawah bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepadanya oleh perlembagaan, statut, akta, kaedah dan peraturan-peraturan kerajaan serta universiti.
  • Mengatur, menyelaras dan memantau perkembangan universiti dalam segala hal pentadbiran dengan cara yang sistematik dan berkesan supaya dapat diuruskan dengan cekap.
  • Menilai dan menyemak segala arahan dan keputusan pentadbiran serta perkembangannya supaya dipatuhi dan lebih diperkemaskan.
  • Mewujudkan dan memelihara hubungan baik dengan pihak luar – institusi, agensi, industri, masyarakat dan badan-badan pertubuhan yang dibenarkan sama ada dalam negara mahupun antarabangsa supaya dapat mewujudkan kebaikan dan faedah secara bersama.

Motto

BERHIKMAH MEMIMPIN TRANSFORMASI

Staf Kami

Profesor Ts. DR.Massila Binti Kamalrudin
Naib Canselor

E-mail - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telephone - +606 270 1011

Setiausaha Pejabat Kanan

E-mail - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telephone - +606 270 1011

Penolong Pendaftar

E-mail - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telephone - +606 270 1355

Penolong Pegawai Tadbir

E-mail - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telephone - +606 270 2828

Pembantu Tadbir

E-mail - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telephone - +606 270 1480

Zaini Bin Hashim
Pemandu Kenderaan

E-mail - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telephone - +606 270 1387