Carta Organisasi
Latar Belakang
Pejabat Penasihat Undang-Undang pada mulanya dikenali sebagai Unit Undang-Undang dan Tatatertib dan telah diwujudkan pada 2007 semasa UTeM dulunya dikenali sebagai KUTKM. Unit Undang-Undang dan Tatatertib telah diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Pendaftar dan kemudiannya dinaiktaraf kepada Bahagian Perundangan dengan dua (2) unit iaitu Unit Gubalan & Guaman dan Unit Tatatertib.
Pada tahun 2010, Bahagian Perundangan telah dinaiktaraf menjadi Pejabat Hal Ehwal Perundangan dan diletakkan di bawah Pejabat Canselori. Akhir sekali, pada tahun 2016, Pejabat Hal Ehwal Perundangan telah dijenamakan semula kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang dengan lima (5) fungsi bahagian iaitu Bahagian Penasihatan & Runding Cara, Bahagian Gubalan, Bahagian Guaman & Kajian Undang-Undang, Bahagian Pengurusan & Pematuhan Kontrak dan Bahagian Integriti & Pentadbiran.
Mulai Mei 2023, Pejabat Penasihat Undang-Undang telah menjalankan empat (4) fungsi bahagian iaitu Bahagian Penasihatan & Runding Cara, Bahagian Gubalan, Bahagian Guaman & Kajian Undang-Undang dan Bahagian Pengurusan & Pematuhan Kontrak. Kini, Pejabat Penasihat Undang-Undang mempunyai dua belas (12) orang kakitangan yang diketuai oleh Encik Mohd Nizam bin Pavel, Penasihat Undang-Undang dan dibantu oleh empat (5) pegawai dan enam (6) staf pelaksana. Bermula September 2023, penjenamaan Bahagian telah dibuat dan Pejabat Penasihat Undang-Undang dapat diklasiikasikan dari gabungan empat (4) bahagian iaitu:
- Bahagian Penasihatan
- Bahagian Gubalan Korporat
- Bahagian Tuntutan & Guaman
- Bahagian Pengurusan Perolehan & Pentadbiran Kontrak
Fungsi
- Mentadbir dan menguruskan hal-hal undang-undang yang dikendalikan oleh panel peguam terutama untuk masalah litigasi dan menyampaikan;
- Merangka, menyemak dan melaksanakan rundingan berkaitan dokumen undang-undang termasuklah namun tidak terhad kepada Memorandum Perjanjian, Memorandum Persefahaman dan lain-lain yang melibatkan Universiti;
- Membantu dalam penasihatan terhadap tatatertib staf dan pelajar;
- Membantu merangka dan meminda Perlembagaan, Statut, Kaedah, Peraturan, dasar, polisi, garis panduan dan lain-lain lagi berkaitan UTeM;
- Menguruskan kes-kes Pelanggaran kontrak seperti:
- Perjanjian Biasiswa;
- Notis peletakan jawatan sebelum matang;
- Perjanjian Penyewaan; dan
- Perjanjian Perolehan
- Memantau pelaksanaan pengurusan dan pematuhan kontrak melalui Sistem Pengurusan & Pematuhan Kontrak (SPPK) dan Audit Pematuhan Kontrak.
- Mentadbir dan mengendalikan urusan penyeteman dokumen perundangan Universiti serta memantau pembayaran Duti Setem kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).